Monday, January 10, 2011

“Erm..Bosannya..Nak call Faz ar..”bisik hati Elina. Lagu ‘Percinta Wanita’ berdendang daripada i-phone Fazly. Nama Eva tertera pada skrinnya. “Erm..Faz..Aku bosan ar..Hari sabtu camni aku tak tau pe yang leh dibuat kat rumah..” “Dah..Tak payah pening-pening fikir..Sekarang gak kau datang rumah aku..Aku de cerita yang hot nak citer kat kau ni.. Cepat sikit ek..” “Yelah-yelah..Kau pergi buka pintu dulu..”Elina menamatkan panggilan. Sepuluh minit kemudian, “Woi!! Ape tercegat lagi..Masuk ar..”Fazly memerintah. Tak sempat Elina melabuhkan punggungnya ke atas sofa di beranda, Fazly tiba-tiba menarik Elina ke dalam rumah lalu mengunci pintu. Fazly menanggalkan baju t-shirtnya lalu menolak Elina ke atas sofa biru. “Woi..Kau ni pahal ar.?? Kau nak watpe ni?? Kau jangan wat hal..”Elina berasa tidak selesa. Fazly naik ke atas sofa dan seperti ingin mencium Elina. “Wei..Faz..Pe ni??”Elina cuba mengelak tetapi tidak berdaya. Setengah inci lagi bibir mereka akan bersentuhan, “Cuak kau..Hahahaha…”gelak Fazly. “Bangang kau..Wat aku heart attack  je..Kau tak de keje len ke??”Elina memarahi Fazly. “Ala..Rileks ar.. Aku main-main je tu?? Nak aku wat tol-tol ke?? Aku wat ek..” “Tak payah nak ngade-ngade..”Elina menolak Fazly jatuh dari sofa.
          Mereka keluar dan duduk di beranda kerana takut akan terjadi sesuatu yang tidak diingini. “Oit..Tadi cakap de bende nak citer..Tak sabar nak dengar ni..” “Ha..Aku baru teringat..Erm..Malu ar nak story..Erm..Sebenarnya..Aku kan..Aku..” “Aku..Aku.. Cepat ar!!” Elina mencubit Fazly. “Sakit ar.. Kuku panjang tol.. Erm..Aku..Aku couple ngan Tina..Ku suka dia..Dia cun..Baik..”jujur Fazly. “Baik pe cam tu..Gedik je..”kata Elina dalam nada yang perlahan. “Ha?? Ku cakap pe?? Aku tak dengar ar..Kau cakap cam cakap dalam kelambu..”Fazly ingin kepastian. “Aku cakap untung ar!! Erm..Camne kau leh couple ngan dia??”ujar Elina. “Dalam bas dulu aku mintak nombor dia..Dia bagi and layan..So melekat ar..”jawab Fazly. “Dia memang semua dia layan..Bangla pun dilayan agaknya..”Elina tersenyum. “Pe gak ar kau cakap ni..Slow sangat..” “Nothing ar..Kau tu pekak..”Elina mengelak.
          Sudah seminggu Fazly couple dengan Tina. Kerap kali Elina terlihat Fazly bersama Tina, pasti dia berasa geram dan menyampah. “Wei..Ahad ni bosan ar..”kata Elina kepada kawan-kawannya. “Kita pergi pantai nak??”cadang Mimie. Semua setuju akan cadangan itu. “Owh…Nak pergi pantai tak nak ajak kitorang..”sampuk Nizam yang tetiba muncul bersama Awal dan Zizie. “Lau nak ikot jom je ar.. Kumpul kat rumah Elina pukul 5..Lambat tinggal..”Nami menetapkan waktu. “Sat-sat..Korang pakai baju warna ape??”tanya Awal. Lima gadis tersebut serentak berkata “Hitam!!”

No comments:

Post a Comment